Siti Nurhaliza dilahirkan di Berek Polis Kg. Awah, Temerloh, Pahang pada tanggal 11 Januari 1979. Ketika
itu bapanya,
Tarudin bin Ismail bertugas sebagai anggota polis di balai polis berkenaan sementara ibunya,
Siti Salmah
Bachik seorang suri rumah.
Siti merupakan anak kelima daripada lapan beradik manakala seorang abangnya meninggal
dunia sewaktu kecil lagi. Adik-beradik Siti Nurhaliza yang lain ialah Saiful Lizan, Saiful Bahri, Siti Nursaida, Mohd Ali,
Siti Nursaerah dan Mohd Hafiz.
Siti mendapat pendidikan di
Sekolah Rendah Kebangsaan Clifford, Kuala Lipis dan
melanjutkan pelajaran ke peringkat menengah Sehingga tingkatan lima di Sekolah Menengah Clifford, Kuala Lipis.
Kegiatan
seni Siti bermula ketika di bangku sekolah tabika lagi iaitu beliau bersama rakan-rakannya membuat persembahan sewaktu majlis
penyampaian sijil bagi tabika berkenaan. Kemudian beliau aktif dalam acara kebudayaan di sekolah rendah dan menengah selain
aktif dalam acara sukan. Beliau juga sering mengikuti
Family Group iaitu band yang dimiliki oleh kaum keluarganya dalam
persembahan iaitu majlis kahwin.
Siti mula menyertai pertandingan nyanyian di kampungnya sewaktu berusia 12 tahun dan
menjadi Juara bagi pertandingan nyanyian hari kebangsaan. Beliau menyanyi lagu
Bahtera Merdeka dan dari situlah beliau
berani tampil di khalayak terutamanya dalam acara kebudayaan atau karnival di Kuala Lipis.
Barangkali sudah menjadi
tuah Siti Nurhaliza pada tahun 1995, percubaan dalam pertandingan
Bintang Hiburan Minggu ini anjuran
RTM telah
membuka peluangnya bergelar artis rakaman. Walaupun sebenarnya cita-citanya ingin menjadi seorang pegawai polis namun rezeki
yang datang bergolek tidak dapat ditolak.
Setelah bergelar
Juara Bintang HMI, syarikat rakaman
Suria Record
telah menyunting Siti menjadi artis rakaman mereka. Ketika itu, usia Siti baru 16 tahun dan beliau masih menuntut di tingkatan
4. Berkat sokongan padu keluarga dan guru-guru serta teman sekolah, Siti dapat menjalani kehidupan sebagai artis dan pelajar
tanpa menghadapi masalah.
Sehingga hari ini, Siti telah muncul dengan 10 buah album solo, 3 album Konsert live Siti
Nurhaliza dan beberapa album duet serta album kompilasi. Dalam tempoh 9 tahun mengorak langkah sebagai artis, usaha gigihnya
telah membolehkan Siti mencatat namanya di dalam
Malaysia Book Of Records sebagai artis paling banyak memenangi anugerah
di Malaysia (Most Awards Won Artiste).
Sehingga kini, beliau telah memperolehi lebih 112
anugerah dan penghargaan dari dalam dan luar negara. Antaranya
Anugerah Industri Muzik (19 anugerah),
Juara Lagu (17 anugerah) dan
Anugerah
Planet Muzik (11 anugerah), selain
Anugerah Muzik Indonesia,
Festival Muzik Shanghai serta anugerah menerusi
pilihan pembaca
Media Hiburan,
Anugerah Bintang Popular Berita Harian (13 anugerah)
Anugerah URS,
Anugerah
ERA (10 anugerah),
Anugerah PAPITA,
MTV Asia Awards dan banyak lagi. Terkini, Siti telah berjaya mengharumkan
nama negara dalam pertandingan nyanyian
Voice of Asia 2002 dengan merangkul
Juara Grand Prix.
Siti turut
dianugerahkan darjah kebesaran
Johan Setia Mahkota (JSM) daripada SPB Yang DiPertuan Agong,
Ahli Ahmad Shah Pahang
(AAP) daripada Sultan Pahang dan juga
Paduka Mahkota Perak (PMP) daripada Sultan Perak.
Sebagai menghargai sokongan
peminat, sehingga kini Siti telah mengadakan 3 konsert solo terbesarnya, iaitu
Konsert Live Siti Nurhaliza di Bukit
Jalil (1999),
Siti Nurhaliza Live in Concert di Singapura (2000) dan
Konsert Mega Siti Nurhaliza di Bukit Jalil
(2001). Siti juga diundang menyertai beberapa siri konsert diva bergandingan dengan artis popular serantau, iaitu
Konsert
Diva Singapura 2000 dan
Konsert Divasea Indonesia 2001. Siti turut diberi pengiktirafan mengadakan konsert tribute
untuk Allahyarham Sudirman Haji Arshad, iaitu
Konsert Salam Terakhir Siti Nurhaliza Untukmu Sudir di Istana Budaya,
selama 4 hari berturut-turut.
Sebagai penghargaan kepada mereka yang menyokongnya sepanjang hampir 10 tahun pembabitannya
dalam dunia seni, Siti telah menghadiahkan rangkaian konsert percuma,
Siti Nurhaliza Fantasia Tour 2004, di 15 lokasi
seluruh negara termasuk finale terbesar di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Ogos 2004.